Friday, May 14, 2010

UMNO PENIPU

PAS JOHOL's Photos - Wall Photos

Photo 5 of 9 Back to Album · PAS JOHOL's Photos · PAS JOHOL's Profile






oghang macam inikah yang kito harap kan untuk menjago ISLAM dan MELAYU di noghori sembilan yang kito cintai..sesamo dio berbalah,dan bergaduh!



Siapo yang mempolitik kan masjid???tu lah konon2 eh be end kato pas lah memocah bolah agamo mempolitik kan masjid...skang be end buek plak kat sibu...





Wednesday, May 12, 2010

UMNO SEKALI TERTIPU - AHLI PAS BAHAGIAN ALOR SETAR

12 Mei 2010

Cerita tipu ‘61 PAS masuk Umno’

27 Jamadil Awal 1431H.
Oleh: ZULKIFLI YAHAYA / http://kedahlanie.blogspot.com/

Selaku Ketua Penerangan PAS Kawasan Alor Setar saya dihujani pertanyaan bertalu-talu mengenai berita berikut:

ALOR SETAR 11 Mei – Sebanyak 61 ahli Pas dalam Bahagian Alor Setar bertindak keluar daripada parti itu dan memohon menyertai UMNO selepas hilang keyakinan terhadap kerajaan negeri yang diterajui Pas.

Kumpulan itu yang diketuai Timbalan Ketua Pas Cawangan Akar Penyengat, Abu Bakar Hussain, 62, menyerahkan borang permohonan menyertai UMNO kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md. Hanipah pada satu majlis di Taman Wira, Mergong dekat sini malam tadi.

Abu Bakar berkata, mereka bertindak demikian selepas mendapati sejak dua tahun pemerintahan pakatan pembangkang di negeri itu, Pas gagal menunaikan janji dan tidak turun padang membela rakyat.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, tindakan ahli-ahli Pas itu di negeri ini hanya satu permulaan kerana beliau mendapat tahu lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian tidak lama kerana berasa terpedaya dengan gelagat para pemimpin Pas.

Di samping berita tersebut disiarkan di akhbar-akhbar primitif pro BN, ia juga dilaporkan dalam siaran berita. Cuma sejak akhir-akhir saya agak renggang dengan berita tv sebab pembohongannya berkali ganda dari lalu.

Beberapa fakta tidak betul dalam laporan tersebut. Antara disebut: Pas dalam Bahagian Alor Setar sebenarnya tiada ‘Bahagian’ dalam Pas. Jawatan Timbalan Ketua Pas Cawangan juga tiada dalam Pas. Satu lagi disebut Cawangan Akar Penyengat, tiada kampung dalam kawasan Alor Setar bernama Akar Penyengat. Yang ada Akar Peluru, tapi Akar Peluru tiada cawangan Pas. Laporan oleh media primitif BN itu sangat bercelaru. Maklumlah sebuah laporan bohong, jadi pembohongan pun bertali temali.

Saya terfikir barangkali yang dimaksudkan Akar Penyengat ialah Alor Penyengat, lalu saya menghubungi seorang aktivis PAS di Kampung Alor Penyengat untuk mendapat penjelasan. Rupanya betul Abu Bakar Hussain adalah bekas ahli biasa Pas cawangan
Kampung Alor Penyengat tersebut. Dia bukan orang penting, ada pun tak menggenapkan, kalau tiada pun tak menjadi kurang.


Cuma dia seorang sahaja bekas ahli PAS yang sertai Umno di kalangan 61 orang yang dilaporkan itu. Manakala 60 orang lagi tu bukanlah ahli PAS pun. Sebenarnya ada sebab-musabab orang tua tu masuk Umno tapi malaslah nak cerita kat sini, satgi nampak macam dia tu besag sangat. Cukuplah aku kata orang tua ni jenis ‘cari makan’ jugak, aqidah pun longgaq, ada habuan sikit pejam mata pii lah, balaihhh. Cuma kesianlah nak hidup pun tak berapa hari dah, silap haribulan mati dalam parti tong taik tu..lantak pii lah hang yang pi cari.


Media mereka laporkan cuma 61 orang ‘keluar parti’. Sikit sangat. Sepatutnya laporkan 600 orang barulah berbaloi nak bohong. Macam di Kulim kelmarin dulu kononnya 1700 orang PKR India masuk MIC, walhal ahli PKR India di cabang (bahagian) tersebut tak sampai pun 500 orang. Sekali lagi depa kira dengan berok, ular, bewak, tenggiling, katak dan menatang gemuk pendek hak dok serondoi tu. Kalau orang yang masuk MIC tak sampai banyak tu. Yang terima borang tu pulak Dato’ Mat Bashah. Bila pulak dia jadi Pengerusi MIC Kedah? Walaupun memang dia layak jadi ahli MIC tapi kenalah keluaq Umno dulu baru boleh masuk MIC.


Sebenarnya ‘bakal MB Kedah’ Dato’ Mat Bashah berada dalam keadaan tertekan sekarang ni apabila ramai ahli Umno Bahagian Alor Setar keluar parti dan masuk PAS. Di Taman Wira hari tu 65 orang masuk PAS (diketuai oleh JKKP Pak Pin) dan berikutnya di Alor Mengkudu 55 orang lagi Umno masuk PAS (diketuai oleh Naib Ketua Umno cawangan Alor Keriang).


InsyaAllah 28 Mei ini bertempat di Taman Wira Mergong akan ada lagi majlis penyerahan borang Umno masuk PAS. Siapa ketuanya..tunggu dan lihat. Pasti mengejutkan! Kita rodak habis-habisan untuk pastikan PRU ke 13 nanti BN tertungging kat Bakar Bata… di samping tertiarap juga kat Pusat.

Thursday, May 6, 2010

RENCANA 5 MAY2010 UTUSAN

Jadikan mesyuarat medan transformasi

BERMULA Sabtu lalu sehingga 15 Jun ini, UMNO yang merupakan parti terbesar kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan rekod keahlian seramai 3,478,393 orang dan mempunyai 16,235 cawangan di seluruh negara telah pun memulakan Mesyuarat Agung Cawangannya yang disusuli dengan Mesyuarat Bahagian pada 16 Jun hingga 16 Julai.

Kemuncaknya adalah Perhimpunan Agung UMNO pada 28 hingga 30 Oktober nanti.

Mesyuarat cawangan kali ini penting kerana ia merupakan satu persidangan untuk menterjemahkan dan memberi kefahaman kepada para ahli parti tersebut mengenai pindaan Perlembagaan Parti seperti mana yang dipersetujui dalam Perhimpunan Agung UMNO pada Oktober tahun lalu.

Monday, May 3, 2010

Transdormasi UMNO

PUTRAJAYA 3 Mei - Mesyuarat cawangan UMNO yang bermula Sabtu lalu dan akan berakhir 15 Jun depan merupakan masa terbaik bagi menunjukkan bahawa transformasi dalam parti untuk menjadi lebih terbuka, inklusif dan demokratik telah mula berlaku.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap platform itu akan digunakan sepenuhnya untuk pemimpin cawangan menyampaikan misi, visi dan harapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut.


''Pindaan-pindaan yang telah dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO Oktober 2009 telah mula dilaksanakan.


''Rakyat sememangnya menunggu-nunggu perubahan ini malah dalam pertemuan saya di peringkat akar umbi sejak akhir-akhir ini semangat perubahan di dalam parti kini amat terasa kerana ahli-ahli kita di akar umbi amat sayangkan perjuangan ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.


UMNO yang dianggotai 3,478,393 orang mempunyai 16,235 cawangan di seluruh negara.

Menurut Hishammuddin, antara perubahan dalam parti yang telah berlaku ialah:

- Memberikan lebih ruang dan tempat kepada Wanita iaitu dengan penambahan seorang ahli Wanita untuk jawatan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Cawangan, Bahagian dan juga Ahli Majlis Tertinggi.

- Mempermudahkan keahlian dengan menghapuskan yuran tahunan dan menggantikannya dengan RM2 sebagai yuran seumur hidup.

- Menghakupayakan ketua-ketua sayap untuk membolehkan mereka menerima keahlian baru.

Hishammuddin berkata, perubahan yang berkaitan dengan pemilihan dalam parti akan dilaksanakan secara berperingkat dari sekarang hingga tahun pemilihan.

Saturday, April 24, 2010

Umno Tertipu atau Penipu?

Friday, 23 April 2010 11:20 AM Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Semenjak kehangatan kempen Pilihan Raya Kecil(PRK) Hulu Selangor media-media tempatan memaparkan kononnya pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah keluar daripada parti itu.

Media semalam juga melaporkan secara meluas kononnya Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan keluar parti sedangkan sekarang semua maklum dia tidak lagi memegang jawatan tersebut.

"Benar dia bekas Setiausaha AMK Kelantan. Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar parti bersama dengan Ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad padahal mereka sebenarnya kecewa selepas hasrat untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai," kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam blognya

Terdahulu, seseorang wanita bernama Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dirinya Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai juga dilaporkan media keluar daripada PKR.


Namun, Ketua PKR Cabang Serai, Md. Nasib Rahim keras menafikan perkara itu dan menyatakan wanita tersebut tidak memegang apa-apa jawatan dalam organisasi wanita PKR Cabang Bagan Serai.


PKR Bagan Serai itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi Pimpinan Cabang sudah mengetahui bahawa wanita itu merupakan proksi Umno dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang kepadanya.



Menurut Khalil ini merupakan cara kempen Umno yang dilihat terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja cara untuk memburukkan dan menggambarkan parti lawan lemah walaupun terpaksa menipu.


"Sehari dua ini kalaulah sesiapa yang mahu dapat habuan bolehlah pergi berjumpa dengan pemimpin Umno dan mengaku pemimpin PKR mana-mana bahagian dan saudara maklumkan akan mengumumkan keluar parti sekaligus masuk Umno.


"Pasti mereka akan menerima saudara sebagai pelakon tambahan seterusnya," kata Khalil lagi.

Kalau Zahrain boleh gigit Anwar, Zahrain juga boleh gigit Najib - Ghapur

Wednesday, 24 March 2010 2:56 PM Oleh Masdar Wahid (Emel penulis ini)

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen (MP) Kalabakan, Ghapur Salleh menyifatkan MP Bayan Baru dari Pulau Pinang, Zahrain Hashim yang keluar meninggalkan PKR sebagai bodoh dan mungkin diberi ‘sejumlah wang tertentu’ sehingga sanggup menikam kembali bekas parti lamanya.

Ghapur turut mengkritik Zahrain yang hanya menamakan lapan MP daripada Barisan Nasional yang diajak meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) menjelang 16 September 2008 tetapi pada masa yang sama menyembunyikan nama-nama yang lain.

Menurut Ghafur, kenyataan Zahrain itu sesuatu yang bodoh kerana jika PR ingin membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008, gagasan itu memerlukan lebih dari 30 MP dari BN.

“Jadi kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, itu kenyataan bodoh. Mahu tubuh kerajaan yang dianjurkan oleh pembangkang, mesti ada 30 orang (MP yang) mahu lompat.

Dia sebut beberapa orang sahaja yang lompat. Mana dia punya sekolah,” katanya yang turut menerima tepukan gemuruh dari MP BN dan PR.