Umno Tertipu atau Penipu?
Friday, 23 April 2010 11:20 AMMedia semalam juga melaporkan secara meluas kononnya Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan keluar parti sedangkan sekarang semua maklum dia tidak lagi memegang jawatan tersebut.
"Benar dia bekas Setiausaha AMK Kelantan. Muhammad Ezri Zainal Abidin yang telah lama dipecat diumumkan keluar parti bersama dengan Ketua AMK Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad padahal mereka sebenarnya kecewa selepas hasrat untuk dilantik sebagai Penyelia Dun Kuala Balah tidak tercapai," kata Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim dalam blognya
Terdahulu, seseorang wanita bernama Roshanita Mohd Basir yang mendakwa dirinya Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai juga dilaporkan media keluar daripada PKR.
Namun, Ketua PKR Cabang Serai, Md. Nasib Rahim keras menafikan perkara itu dan menyatakan wanita tersebut tidak memegang apa-apa jawatan dalam organisasi wanita PKR Cabang Bagan Serai.
PKR Bagan Serai itu menjelaskan bahawa pada satu masa memang Roshanita pernah datang dan menawarkan diri untuk memangku jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR Cabang Bagan Serai tetapi Pimpinan Cabang sudah mengetahui bahawa wanita itu merupakan proksi Umno dan Pimpinan Cabang tidak pernah memberikan apa-apa jawatan dalam parti atau organisai wanita cabang kepadanya.
Menurut Khalil ini merupakan cara kempen Umno yang dilihat terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja cara untuk memburukkan dan menggambarkan parti lawan lemah walaupun terpaksa menipu.
"Sehari dua ini kalaulah sesiapa yang mahu dapat habuan bolehlah pergi berjumpa dengan pemimpin Umno dan mengaku pemimpin PKR mana-mana bahagian dan saudara maklumkan akan mengumumkan keluar parti sekaligus masuk Umno.
"Pasti mereka akan menerima saudara sebagai pelakon tambahan seterusnya," kata Khalil lagi.
Kalau Zahrain boleh gigit Anwar, Zahrain juga boleh gigit Najib - Ghapur
Wednesday, 24 March 2010 2:56 PMKUALA LUMPUR : Ahli Parlimen (MP) Kalabakan, Ghapur Salleh menyifatkan MP Bayan Baru dari Pulau Pinang, Zahrain Hashim yang keluar meninggalkan PKR sebagai bodoh dan mungkin diberi ‘sejumlah wang tertentu’ sehingga sanggup menikam kembali bekas parti lamanya.
Ghapur turut mengkritik Zahrain yang hanya menamakan lapan MP daripada Barisan Nasional yang diajak meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat (PR) menjelang 16 September 2008 tetapi pada masa yang sama menyembunyikan nama-nama yang lain.
Menurut Ghafur, kenyataan Zahrain itu sesuatu yang bodoh kerana jika PR ingin membentuk kerajaan baru pada 16 September 2008, gagasan itu memerlukan lebih dari 30 MP dari BN.
“Jadi kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen (MP) Bayan Baru, itu kenyataan bodoh. Mahu tubuh kerajaan yang dianjurkan oleh pembangkang, mesti ada 30 orang (MP yang) mahu lompat.
Dia sebut beberapa orang sahaja yang lompat. Mana dia punya sekolah,” katanya yang turut menerima tepukan gemuruh dari MP BN dan PR.
No comments:
Post a Comment