Monday, May 3, 2010

Transdormasi UMNO

PUTRAJAYA 3 Mei - Mesyuarat cawangan UMNO yang bermula Sabtu lalu dan akan berakhir 15 Jun depan merupakan masa terbaik bagi menunjukkan bahawa transformasi dalam parti untuk menjadi lebih terbuka, inklusif dan demokratik telah mula berlaku.


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berharap platform itu akan digunakan sepenuhnya untuk pemimpin cawangan menyampaikan misi, visi dan harapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut.


''Pindaan-pindaan yang telah dipersetujui pada Perhimpunan Agung UMNO Oktober 2009 telah mula dilaksanakan.


''Rakyat sememangnya menunggu-nunggu perubahan ini malah dalam pertemuan saya di peringkat akar umbi sejak akhir-akhir ini semangat perubahan di dalam parti kini amat terasa kerana ahli-ahli kita di akar umbi amat sayangkan perjuangan ini," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.


UMNO yang dianggotai 3,478,393 orang mempunyai 16,235 cawangan di seluruh negara.

Menurut Hishammuddin, antara perubahan dalam parti yang telah berlaku ialah:

- Memberikan lebih ruang dan tempat kepada Wanita iaitu dengan penambahan seorang ahli Wanita untuk jawatan Ahli Jawatankuasa lantikan di peringkat Cawangan, Bahagian dan juga Ahli Majlis Tertinggi.

- Mempermudahkan keahlian dengan menghapuskan yuran tahunan dan menggantikannya dengan RM2 sebagai yuran seumur hidup.

- Menghakupayakan ketua-ketua sayap untuk membolehkan mereka menerima keahlian baru.

Hishammuddin berkata, perubahan yang berkaitan dengan pemilihan dalam parti akan dilaksanakan secara berperingkat dari sekarang hingga tahun pemilihan.

No comments:

Post a Comment